Thursday 27 December 2012

ENDING 2012 TU SEDIH!

hye salam semua,,,,

sejak menjadi bini aka isteri masa untuk berblog semakin kurang dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...sob3..

BUKAN MACAM DULU LAGI

- masa bujang2 kau boleh nk hu-ha huray-huray dengan kawan
- cakap sorang2 dgn dinding ( favourite masa lapang)
- makan setakat ikut perut kau je ( ada roti cecah air dh sdp pon)
- cakap main sedap mulut


SEKARANG

- dapat suami seorang pemakan secara automatik terjoin sekali
- still cakap sorang-sorang tp ade org lain nyampuk "ckp dgn sapa yg?? " heeeee......
- masak,makan,masak,makan ( belum ada kerjaya tetap kecuali seorang isteri )
- tercakap ngek ngok kena cubit ngn suami.....


DAN YANG LEBIH PENTING

- ke arah parenting!! seperti yang dijangka,,i m prengnant!! 9 week bby in womb..( tiny lil dot ) :')
- kena jadi lebih matang sbb takut baby jaga mommy dia ni..ahaxx!
- kena jaga rumahtangga,jaga aib bersama!
- lebih mempercayai pasangan,,,sebab dah dunia akhirat dengan org tu je!


ENDING 2012 AKU SANGAT-SANGAT BERNILAI!,,,,
SEDIH SEBAB ALLAH MELIMPAHKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH.
DAN AKU SANGAT-SANGAT BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN YANG TIDAK TERNILAI NI! eh sedih seyhhh tengok perubahan diri sendiri..AMAZING pon ada!


nampak tak,,dalam blog pon tak sempat cerita pasal kahwin 2 bulan lepas...seee!
hidup kita sekelip mata berubah,hidup tidak lah sebosan yang dijangka,,hidup sangat pantas seperti masa-masa yang sedang dibuangkan..kuang3.kat tepi blog pon dah tambah lagi 1 life part tu,,BABY...tengok baby 9 week,,kahwin pon 9 week...agak-agak ada tak nak cakap aku ni dah terehem-ehem dulu macam diana daniella kena.Heh x baik tau!..Rezeki semua tu,Allah ada caturannya yang aku sendiri pon tak tahu!
Nurse semalam siap tanya " Awak sempat tak honeymoon??..tetiba tengok inai kat jari..merah lagi.sempat kak.Sekarang pon honeymoon lagi.. ;p

Dalam masa 3 bulan terakhir ini,aku tak tau nak describe macam mana kehidupan aku yang berubah 100% kerrr..HAHAHA!.. pindah rumah duduk dengan husband and ada baby dalam perut.Macam ada tongkat sakti je dan aku ni macam kena sumpah...blinggg! nah suami and baby... nak bercerita pasal baby pon malu..tunggu besar sikit ea,,nanti kita drama OK!

KRONOLOGI DIRI AKU 2012

HABIS STUDY -----> KAHWIN -------> PRENGNANT -------> PINDAH RUMAH SENDIRI

semua dalam masa 3 bulan....serius sedih!

Doakan baby sentiasa sihat ye kawan-kawan,,masih fragile plak dapat mommy yang buas =,='
Doakan mommy dia juga,sebab asyik rasa macam dunia ni melayang je..
dan aku tetiba rindu sangat dengan kawan-kawan semua! Hye kawan-kawan... ;'(

Sunday 16 December 2012

macam mana kenal part II

ok nak sambung cerita yang tergendala berkurun lamanya....

Kami kenal bulan 2 yang lepas,,ye dalam tahun ni juga,,kalau tengok kat tepi blog ni boleh nampak baru kenal 9 bulan....cukup 10 bulan kawen...hahahaha.BARU NAK KENAL TAHUN NI! ok,
ada setengah orang,dah kawan dengan orang tu almost 5,6 tahun tapi just kawan je,tetibe jadi plak jodoh,,kawen la kan..tapi at least dah kenal! so tak de la nak cakap kawen dulu baru nak cinta,Sebab memang dah kenal kan..silap-silap memang skandal.Ahahahah!...


Mula-mula memang budget nak jadikan mamat ni skandal je,tapi tengok ade janggut sejemput,cairrrr plak dahhhh..ahahahah..Kenal time praktikum yang 3 bulan tu.Tapi bukan kenal kat sekolah praktikum tu. dan cakap kenal kat PESBUK! Bila ayah ibu tanya kenal dah lama ke,gile la kalau aku cakap baru 2,3 minggu je.Time 2,3 minggu kenal tu,kami dah bagi parent masing-masing tengok gambar bakal menantu masing-masing tu pon lalu handfon.Yelah kitorg tak pernah jumpa.DAN AKU BUAT DECISION TERBESAR DALAM HIDUP HANYA 29 HARI!..korang berani??


Semua bermula bila perasaan ni jadi tak menentu,sangat-sangat tak menentu,First,two week main pm-pm kat FB.Dia buat istikharah,,aku pon buat juga.Dia mulakan bicara dengan HYE BOLEH KENAL?? dan aku jarang la nak terhegeh-hegeh gelojoh layan ke apa ke kan.Cam bese ar,lagi pun time tu gua tengah frust tertongeng beb.Lepas seminggu tak dapat pm dari dia rasa lain.Rumah dia tak da internet,time balik kampung baru ada line.Time tu cepat-cepat tukar no fon.AHAHAHAH! ok settle.Entah macam mana,terkeluar kisah tentang life masing-masing yang menjanda dan menduda...kuang3...ok.DIA PON DALAM SITUASI YANG SAMA.BARU CLASH 3,4 MINGGU! At least aku dah berkeadaan frust 2,3 bulan jugak la kan..hahaha..tetiba dia cakap SAYA TAK NAK KAWAN DENGAN AWAK SUKA-SUKA MACAM LELAKI LAIN.SAYA LAIN!...Saya nak cari BINI!.. jujur yang buat aku ternganga tengah malam.Apa aku fikir time tu >> This man must be crazy tak pon kau desperado!


agak-agak dah dia cakap cam tu,aku nak cakap ape......TERKESIMA.Ada orang dalam dunia yang baru kenal 2,3 minggu nak jadikan aku isteri.Tebiat mamat ni!..makin serius perasaan aku ni layan mamat tu.ahaxx! dalam masa 2,3 minggu kenal tu,memang hati aku sangat-sangat tergerak untuk istikharah,dia pon sama.Dia kat sekolah pon ada orang ngurat juga.Tapi dia sndiri tak tau kenapa tak nak dengan orang tu.Pada hal hari-hari jumpa.Sedangkan aku..TAK PERNAH JUMPA!..lepas sembahyang istikharah tu,perasaan aku membuak-buak.Sampai rasa nak nangis,kenapa aku tak boleh control diri nak sangat kenal dengan dia ni.SUMPAH! lain sangat-sangat perasaan tu.Perasaan tu macam bergerak sendiri!!..TAK TAHU NAK EXPLAIN MACAM MANA! sampai jadi macam tak tahu hala,depan member sure la gua control! aku dengar ceramah kat mana tah,tak semestinya kita dapat mimpi je lepas istikharah.Perasaan kita akan jadi macam tu.Macam aku alami.Bile dah alami sendiri,memang aku iyekan je la..


Lepas bincang dengan parent masing-masing,HARI KE-30 KAMI KENAL,aku dari Kedah turun ke Johor,Dia dari JB turun ke BP.First time nak jumpa!! berdebar weyh! (macam 30 hari mencari cinta plak) BERDEBAR sebab dengan tak pernah jumpa,aku dah approve dia bakal jadi suami aku,sama juga dengan dia.ENTAH CUKUP TAK GIGI DIA,TINGGI MANA TAH ORANGNYA,ADA PARUT-PARUT KE MUKA...ngahahaha..ALHAMDULILAH,,dia sampai depan rumah aku.Tempat pertama kali kami jumpa adalah di GATE RUMAH AKU! SUCH A NICE PLACE KAN!.time nak buka gate suruh dia masuk dia macam terkesima,tengok je aku.PELIK KOT NAMPAK AKU DALAM BENTUK 3D ni yelah selalu tengok gambar je..lupenya dia jatuh cinta,,owh cam tu lupanya.sebab dapat mesej dari dia.DIA TAK KAN LUPA SAAT JATUH CINTA TENGOK AKU IN REAL.simpan lagi u olls mesej tu.(siap cakap jangan cerita ni kt blog! malu katanya)..sorry Af tercerita momen indah..Ahahaha.Lagi 1,aku ni jenis macam mana tah,Kalau aku kenal dengan mana-mana orang yang dilihat berpotensi,aku akan suruh dia jumpa parent aku dlu.Sebab aku kepo kot tu jadi cm tu.LAGI PON TAK ELOK NAK BERSELINDUNG BENDA-BENDA MACAM NI.


MASUK LA ABG,,,time tu aku dah berani panggil abang.sebab dah kena dengan ibu,yang nak datang ni nanti bakal suami akak.JANGAN NAK PANGGIL KAMU2 MACAM DULU2..tak hormat orang katanya.Padahal baru nak budget comel panggil kamu..dia duduk dengan tertib.Sesi suai kenal dan sesi interview bermula.OK COOL ORANGNYA!..PASS! habis dah sesi antara parentku dan dia.Sekarang sesi aku dengan parent dia pula.Before p umah dia,p kedai emas jap,try cincin risik.KAH3..cam cowboy kan.time tu perasaan sayang,cinta belum clear sangat.more tu perasaan,OMG! IS THIS REAL?..AKU DAH   KAT STAGE MANA SEKARANG DALAM PERHUBUNGAN!..ahahha..dalam hati ade sikit bunga-bunga.Rumah dia dengan rumah aku 20minit sampai la.So tak berbual sangat.Malu-malu lagi! Sampai-sampai aku dipelawa masuk.Macam Jemah jugak la.Entah la memang gua peramah.Baik peramah dari pemarah kan! So steady beb jawab soalan suma.LULUS! sebab bakal bapak mertua tengok muka aku sambil sembang.sebelum-sebelum ni,dia kata bapak dia tak kan tengok muka perempuan yang dia bawa balik! sebab tak pakai tudung.alkisah baru aku tau mamat ni taste tinggi and agak hotsetap.Padahal keding je.ahahahah..ampun pak.. 


Dah habis-habis semua tu,dia anta aku semula kat rumah,petang kang lepas zohor datang balik,bawa parent masing-masing bincang! Sempat juga aku tertido.Pung pang pung pang,,sarung cincin risik,Terus cerita tarikh kahwin.KENAPA TAK BERTUNANG?? sebab..aku cakap aku tak nak bertunang.Jatuh ke standard tak bertunang??.tak pon.sebab tu adat je.Lagi pon bertunang bukan perlu di pungpangkan pon.Kalau nak pon,time kahwin bertunang 5 minit je.Baru adventure kan.Entah la ek,aku rasa bertunang pon masih belum menghalalkan apa-apa dan tak ada apa-apa pon dalam istilah tu melainkan orang pung pang sana sini lepastu mula la berantakan dalam masa bertunang tu.Mostly dengar cerita macam tu.Sebab darah manis katanya.Memang tak berkenan la,tak tau kenapa.TAKUT KOT dapat gelaran tunangan orang.Dapat gelaran isteri orang best sikit kot..mula-mula bincang nak tarikh 12/12/12..memang ok nak proceed tarikh tu..Lepas dah beberapa bulan,parent aku cakap..cepatkan la.Nanti bulan 12 banyak majlis tau,kawan-kawan ibu ayah takut ada yang dah pergi bercuti ke mana-mana.lagi pon nak tunggu apa lagi,cuti lama memang masa untuk honeymoon.Ok my parent keep saying that untill today.=,=' diorang pon pilih-pilih tarikh baru..So decision pon suda di approve di pihak sana.Nak honeymoon mana pon tak tau,tak fikir lagi.sebab aku busy nak final la,,benda-benda lain lagi yang sewaktu dengannya.


Esoknya,,hari sebulan 1 hari kitorg kenal,dia dah kena hantar aku p LCCT,aku kena p Sabah.Perasaan gembira sebab yang bawa tu bakal suami aku kot.sebelum-sebelum ni bakal bf la,,skandal la..nyaris-nyaris bf la yang bawa.huhuhu...KENAL SEBULAN MACAM KENAL 2 TAHUN  tak tipu.Yang kenal almost 3 years macam kenal semalam.makin banyak nak tahu,makin banyak pula alasanya.PELIK.First time dapat duit bukan dari sumber pama..tapi,,papa..ngahahaha! TAK DANYA AKU NAK BERPAPA MAMA.Pang nak! Selama 9 bulan kenal,3,4 bulan pertama,ehem-ehem yang dulu macam nak pujuk aku balik sebab tak sangka lah aku akan tinggalkan dia.Dah kau cabar aku,siap cakap Kalau dia tak kawen dengan aku,aku tak boleh salahkan dia.OI! tak kebuluq la!.Bila masa aku cakap nak kawen dgn kau..sia-sia je kau kenal dengan family aku,kau rapat dengan diorang,last-last tujuan kau macam main-mainkan aku kan.Before aku cakap dengan ex aku tu yang aku nak kawen,aku tanya dulu perasaan dia yang sebenar.DIA CAKAP,,ANGGAP JE LA 3 TAHUN NI KITA KAWAN-KAWAN JE.memang your head la kan!..nangis kot aku,sebab maruah aku sebagai seorang perempuan macam kat kaki dia.memang ucap TERIMA KASIH LA sebab buat aku jadi perempuan paling hina yang dia boleh pijak-pijak selama ni! bukan menghormati.ARGHH! sudah..gua malas nak ingat.GO GET UR LIFE! kalau aku marah,sebab aku menjaga maruah aku! Tapi aku tak berdendam dengan dia.awal-awal je marah.


Berbalik di LCCT tu ye,,lepas aku p Sabah,,aku balik Kedah.So memang tak jumpa la kan.jumpa tu je la.Time-time cuti sekolah balik baru jumpa.Kalau jumpa pon urusannya sekarang pasal kahwin kot.so kalau keluar pon memang masuk kedai kawen.Sampai la sekarang.Parent aku pon tak bagi kerap sangat jumpa.Baru budget nak lepas rindu.Balik lewat kul 8 je pon..lepas magrib p makan jap,,parent masing-masing dah call.Bile nak balik?? jap lagi pas makan.Mesti korang cakap lawak kan dah besar-besar pon macam terkongkong.Dengan dia yang lelaki pon mak dia call.Tu tanggungjawab mak bapak.Kalau aku ada anak pon,aku akan buat macam tu juga sehingga depan mata aku dia peluk lelaki yang bernama suami! baru aku lepaskan!..garangkan?? aku dah biasa dengan hidup macam tu..Kadang-kadang pukul 10 malam lepak dengan member main bowling parent call,,ANAK DARA MALAM-MALAM Keluar! Bile nak balik?? =,=' ramai-ramai ni main bu..1 kelas.HABIS-HABIS TERUS BALIK! yeee.. Tapi sekarang dah jadi double,sebab dia plak yang bising.PEREMPUAN MALAM-MALAM KELUAR TAK BALIK LAGI.BAHAYA TAU TAK!..erm jap lagi balik la.HAH BALIK TERUS JANGAN P MANA-MANA LAGI. ok... Dalam masa 9 bulan kenal dengan dia,perang besar,perang kecik semua dah lalui.sebabnya memang aku terkenal dengan degil.DIORG NGUMPAT PASAL I UOLLSS..dia n parent aku bergosip.haishhh! Naseb ada adek aku yang kecik pecahkan rahsia..NGAHAHAHAH!


Sebelum-sebelum ni,ramai yang aku kenal semua dari bidang engineering,tak tau la kenapa.Siap cakap bosan dengan cikgu sebab parent aku cikgu,makcik pakcik,cousin mazen suma,cousin punya suami,isteri..Nampak tak berapa ramai warga pendidik?? last-last yang aku tak suka tu la yang akan kekal menjadi hak milik aku.Lain kali jangan nak menyumpah sangat.Confirm benda kita tak suka tu la kita akan suka! Tapi tak banyak beza dari aspek pemikiran diorg ni sebab encik bakal asben orang fizik..So kalo cakap nak macam shakespear sangat,,alamat sampai lusa kang makan hati.Diorang very straight foward la pemikiran.Yang a bit sastera ni nak berkias-kias,jaga perasaan la kan.Different yang boleh nampak ialah,saling memahami,masa bekerja sama,lebih peka pada perasaan pasangan yelah sebab cikgu deal dengan manusia juga.Itu yang sangat-sangat obvious.Sebab itu perkenalan yang 9 bulan ini,,aku rasa macam dah lama gila,malah selalu ingatkan diri sendiri..Setahun pon tak sampai Dilla...We have a strong attachment and i dont know how can it build rapidly.


Bulan 12 tahun lepas,parent aku balik haji tengok aku macam tengkorak hidup.Ibu aku siap sedih-sedih tengok penderitaan cintaku.drama kan?  Bulan 2 dapat penganti terus nak kawen.Dia cakap,masa dia kat Mekah,hari-hari dia doakan jodoh aku.Kalau (nama orang yg dh jd kenangan) utk anak ku,satukan mereka,kalau bukan putuskan mereka dan berikan seseorang yang baik utk anak ku.Sungguh la.Balik-balik dari Mekah,aku memang shut down terus dengan hubungan yang lepas.Even masa jumpa bulan 11 tu,aku cakap dengan dia.This is may be our last......See,kekuasaan Allah! CASH MEN! CASH!..Thanx God for sending me someone who can hold me tight! even when i am in a rain,in a tornado..dah! cukup Shakespear! Till Jannah dear! Bila kita sayang orang tu betul-betul,ada perkataan yang memang susah nak ungkap nak bagi tahu kat dia.Sampai sekarang,,,hanya aku dan Allah tahu.Tak tahu how to express.Walaupun dah banyak kali dia ajar cara untuk meluah,,yang aku reti cuma meludah..ngeeee ;p



BETUL ORANG KATA

terima dan sayang orang yang benar-benar inginkan kita dan bukanlah yang kita inginkan!..ingat tu ye anak-anak!...

tak rugi kita ingat Allah,sebab Allah ingat kita berganda! 
malu kat diri sendiri.


sorry entry kali ni panjang,sebab ramai terkejut aku nak kawen.Aku pon terkejut aku nak kawen.korang nak heran apa??Nampak aku macam tak bercinta ke wei??

kalau bercinta pon,kawen dengan orang lain.ahahaha! 

nampak tak aku dah takut dengan lelaki.so yang mana jujur dan betul-batul nak,buat mana yang penting,kita bersatu,Easy right?? Nampak macam aku senang nak deal dengan feeling sendiri kan? Allah tahu semua tu..macam mana aku nangis,macam mana kosongnya perasaan aku,otak aku.boleh tetiba nangis..haaaaa...semput cerita. ;p

DOAKAN KAMI YE KAWAN-KAWAN,,,doa tu senjata! setiap apa yang kita cakap semua tu doa ;)
DAN aku bercerita bukan untuk berlagak,sekadar berkongsi kisah teladan yang akal aku sendiri tak pernah sangka akan jadi macam ni.Apa yang kita rancang,JIKA BUKAN KETENTUAANYA,TETAP JUGA TAK BERJALAN,Apa yang telah tercatat OLEHNYA,ITU YANG TERBAIK BAGI KITA! PERCAYA LA! 


Tuesday 23 October 2012

doa.doa.doa.doa.doa.doa.

Ahaxx!...semakin hari jantung semakin dap dup..dap..dup..dup...dup...dup...macam nk gelek lak teringat lagu dap dip dup tu...ececece....

MAKIN DUP DAP bile tiap-tiap hari mesej,,Af akan ckp tinggal 4 minggu...Tinggal 3 minggu
hish budak tua ni, orang banyak lagi nak kena study kot!  baru je lepas paper kursus induksi sistem saraan Malaysia,,we olls panggil KISSM.tapi tidak terhenti disitu!!
                                
                                                                                 
                                                        .
                                                        .
                                                        .
                                                        .
                                                        .

                           EXAM                         30-5/11
                           SPP INTERVIEW        12-14/11
   ------------------------------------------------------------------------------
                           my life event                17/11
                           side lelaki                     25/11


kesian tak?? nampak tak tarikh-tarikh tu?? Ade gap yang sedikit tu pon kalau balik macam alang-alang.ARGHH! tengok la kalau diperlukan,,harus juga rembat tiket.


NAMPAK TAK!!... aku tau doa itu senjata seorang muslim...JADI berdoa dan terus berdoa! YA ALLAH,PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HAMBAMU INI,MUDAHKAN DAN SELAMATKAN LAH PERJALANANNYA...amin-amin ya robalalamin.


preparation so far alhamdulilah,completely done sebab setiap kali cuti,hakak rush mcam nak hape u ollss! 
so bagi student-student yang final rasa gatal nak kawen,dan jarak rumah dan tempat belajar jauh seperti hakak ni dek non...UTARA SELATAN gitu,,kalau mental,fizikal tak ready,jangan membina mimpi disiang hari hokay! Bincang dengan catering,mak andam semua basicnya pakai FESBUKK!..even nak choose wedding kad!..OK wedding kad version putih just arrive.Tapi i ollss pon tak tengok lagi u ollss! tah berapa hard tah gaknya cover kad tu.. apehal la sedih sangat! agaknya kalau orang lain dah belek-belek siap simpan satu dah kot kan.. =,='


benda-benda bakal digunakan :



Ini kalau hilang marah baginda ;p



                                                                       vevunga cinta



rasa nak ubah corner ni,tapi tak tau nak jadi ape??



Kepada awak-awak sekalian yang tidak dapat kad lagi,hakak akan cuba pos,nak beli setem pon hakak susah sekarang ni (sebab transport tak ada),tapi hakak dah jemput dengan seikhlas hati invite di FB.jadi harap dapat la jangan preassure hakak benda yang sebegitu ye.Ada kad yang di Batu Pahat untuk rakan-rakan di sana,time hakak balik,u olls tak balik,agak-agak macam mana nak bagi? dan lagi satu,sila la tengok tarikh-tarikh di atas tu semula ye.Diri sendiri pon berkemungkinan besar akan balik 2 hari before wedding.TAK nak letak harapan besar dengan tarikh-tarikh ni semua dah..NANTI KECEWA! cuma boleh berdoa agar dipercepatkan.Jadi datang la wedding hakak tu dulu lepastu baru hakak  bagi kad kt u ollss...boleh gitu?? wakakakaka..Nak suruh parent hakak pos kan satu-satu,they olls sangat busy u olls! kemas rumah pon berperingat,mana nak pergi kerja lagi kan.HARAP SEMUA FAHAM SITUASI HAKAK YEEE..(macam kahak pon ade) =(


p/s : semakin dekat,semakin sensetif ferasaan ini!! MENGAPAKAH? macam nak menopause je..

Thursday 18 October 2012

eh munga la!

sebagai seorang perempuan,,,,yang dalam hidupnya tak pernah dapat bunga,sekali dapat bunga terasa macam

SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA...

apa yang perlu aku buat dengan bunga ini?? masukkan dia dalam jar berisi air?
adakah dia akan terus berhidup?? 

Saya sangat suka bunga,,suka sangat-sangat! especially bunga rose yang indah dalam jambangan!
cantik je merah menyala! BUT!! can u count the price for a bouquet of flower? tak payah banyak-banyak..12 kuntum dah cost u about RM100...and sometimes over than that!...

Af is sometimes is unexpected,,hantar bunga sampai ke maktab! nak sorok dalam baju besar plak! bawa pon macam kelam kabut nak sembunyikan dari orang..MALU KONONNYEE! :0

sebab merajuk,tu yang dia hantar bunga time tu..in my opinion,fresh flower does not symbolise that someone  is romantic ok..

BUT FOR ME,,IT IS JUST LIKE A WASTE..sebab!! dia akan layu jugak!!.
bila dah layu,apa awak nak buat dengan bunga tu? potong-potong jadi potpouri ke? macam zalim kan.
By the end,its hanging upside down at the wall ;p BUT STILL CANTIK..

Why dont u save ur money for something which is more valuable.Whatever it is,saya sangat menghargainya sayang ku!,,tapi lepasni kalau nak bagi bunga tanya saya dulu nak tak bunga? ahahahaha....
Untuk masa ini,cukup sekali sudah,sebagai experiment untuk hati mengalami perasaan vangga mendapat bunga hokay.Terfikir juga harga bunga yang sampai 99 kuntum tu,,sometimes its cost u more than RM500! nampak tak betapa aku survey harga bunga.AHAHAHAH! LEBIH BAIK BAGI SEKETUL CINCIN EMAS.ADE HARGA and SANGAT BERNILAI U OLLSS!...tak ade nak layu-layu pon cincin tu,siap melekat cantik je kat jari DAN paling penting harga emas semasa,kot la tetiba nak jual tukar yang baru kan! pernah 1g sampai 1.85 kot! boleh kira kalau cincin tu berat 2.2g pon dah cukup dah.Boleh buat belanja dapur bayar bil sikit-sikit..ok SORRY otak saya terlalu berfikiran jauh!...

2.2 x 1.85 = 4.07 = RM407
(if not mistaken cara kiraan mcm ni,sebab dh ulang2 p kedai emas)

Boleh tak nak bagi pesanan kat perempuan,,CAN U THINK OF SOMETHING WHICH IS VERY VALUABLE? I ve talk to Af regarding this,and he is very alright about that! ahahaha..mesti la suka kan tak membazir duit dia DAN buktinya,dia telah membuat keputusan bijak dengan memanjakan kekasihnya ini dengan memberi pakej facial treatment 12 step which is i guess pricey tapi berbaloi! AKU LEBIH SUKA HADIAH-HADIAH SEBEGINI!..tp aku belum pergi lagi sebab tak sempat.InsyaAllah before wedding akan zasss ke lokasi NB Beauty Spa.Bagus dan bijak bakal suami saya! Nampaknya awak turut menjaga penampilan saya..TQ so much dear!... TUNGGU SAYA KERJA DULU EK,BARU BOLEH BUAT SURPRISE KAT AWAK..kesian awak kan Af  =,='.

Af siap-siap pesan,hadiah bunga kali ke2 adalah time awak konvo nanti ok.Hahahaha..I m very ok about that.Kot ada hadiah sampingan kunci kereta dalam bunga tu lagi sayang lebih.Selalu terfikir,agak-agak dah tua nanti dapat ke bunga-bunga tu,,,silap-silap bunga depan rumah pakej dengan pasu dia bagi..ahahaha.Terkadang masa bercinta,kena letakkan diri kita dalam realiti kehidupan yang sebenar.Pengajaran banyak mengajar,trust me! 

 cantik kan! tapi cantik hanya seketika 
(eye beg 2kg abaikan)

Farah cakap kat rumah nenek dia,selalu buat ulam bunga rose AND guest what,,,aku ambik satu kelopak then kunyah pastu telan.Sebab bunga ni bau dia macam dakwat.Keinginan tinggi untuk merasa,adakah rasa dakwat pada bunga tu.Lepastu lidah merah,gigi pon merah...Lepas dah telan baru teringat,ni bunga kat kedai bukan macam kat kampung selamat lagi berkhasiat.Ni bunga orang dah spray racun bagai bagi segar!! Nasib ok lagi sampai hari ni...memang tepat sangat perumpamaan bagai KERA MENDAPAT BUNGA DI APLIKASIKAN MENJADI BAGAI DILLA MENDAPAT BUNGA!...hye Af! lupa nak bagi tau,saya telan bunga tu..ahahah ;p

LAGI SATU,BUNGA MAWAR DAN BUNGA ROSE TAK SAMA YE..tapikan bunga mawar in english bukan rose ke? sampai hari ni aku blur!!


BUNGA YANG MEKARNYA SEKETIKA,TIDAK SEPERTI BUNGA DI DALAM HATI YG MEKAR UTK KEKASIH BUAT SELAMANYA.
(ok biar aku sorang je faham peribahasa tah pape ni)




Tuesday 16 October 2012

senyum seindah suria

kekelamkabutan melanda terpaksa juga diharungi demi kebahagian yg bakal dikecapi...arghhh! drama...
alangkah baiknya jika diriku terbahagi dua...
satu di utara dan satu di selatan..
JARAK!!...bagi yang mampu berkorban,,tak heran pon walau berbatu-batu jauhnya..misalnya Farah Lee n Ally Iskandar..kekuatan dalaman adalah sagat-sangat diperlukan..


TAPI MENTAL WA MaCaM tak BrAPa SIHAT..stress di mental bukan di fizikal.. =,='
serius k,,mental sangat stress..tak tau ape yang nak di stresskan.orang tengok macam happy2 je kan..punyala otak ni ligat berfikir!..sumpah kalau jumpa doktor lagi perkara pertama dia akan tanya,Awak ni stress sebab tu hormon awak pon jadi tak stabil.Banyakkan berehat.Doc saya macam terlebih rehat dah ni doc.Tu fizikal awak!,,MENTAL AWAK!!?? ok FINE! 


HOKEY2,,back to topic..nampak >>> KISAH PRE WEDD

dah kalut-kalut baru terasa nak buat pre wedd..tu pon setelah parent aku realized,,akak tak de buat bunting ke? cuba cakap bila masa nak balik shoot.Dgn hencik af tu busy kalah orang kerja shif.photongrapher i busy kt KL..kalo nak suh shoot kena p KEY ELL!..tak da masa ok..last-last,,photog hencik af ade pon.balik-balik p pejabat agama urus apa yang patut tu pon setelah maklumat lengkap diperolehi,,SURAT PERAKUAN DARA.. bunyi seram kot! surat macam ni pon ada lupanya...siap settle suma,jumpa pula andam-andam ni bincang tu ni lagi..tambah tu ni bagai.. OK SETTLE...berlari berkejaran lagi dengan member-member cari tempat jahit..last-last baju nikah aku jugak tak de yang sudi jahit >> SEBAB KAIN AWK NI MAHAL SGT..MUDAH KECUT...BATU BANYAK..BLA3... arghh! lantak kau la jah!..Nasib ada dah baju backup.so tak kisah sangat la mak! Tp macam sedih juga la,,hencik Af belikan memahal,,simpan buat pekasam..nanti la tunggu anak dah 2 kang kita buat ea.. ;p

BEFORE BALIK KEDAH,,,ni la kerjanya...memang budget nak buat style old school ala-ala picnic gitu..style biasa orang buat.Kira angan-angan jadi kenyataan juga ni.GIGIH DIY MACAM-MACAM =,='
Bawa dari Kedah to Johore,,siap renyuk-renyuk,berberat beg bagai.terlepas sampai JB patah blk BP!
INI LAH DINAMAKAN PENGORBANAN!.. ada sesetengah orang,botol air dia yg secoet pon letih tak larat bawa!..lagikan pengorbanan besar..acaner tu??? 



GILA!! panas terik mcm nak ape tetap maintain


gigih dengan DIY macam-macam barang lagi


Novel af Pegang beli sebab macam kes sendiri..wakakaka!


heee....asal kita nampak sweet?? tampo kang! ;p


dah abes gaya main tembak-tembak pon jadila!


duduk kat Malaysia..shoot pon nyanyi lagu Negaraku u ollss! Patriotik kan!


Heel asyik tersumbat masuk lubang...


tengok ikan orang kate not me!


gambar ade banyak lagi..tapi macam mana nak ambik..ni pon dapat melalui FB af.. tak boleh buat apa la.sekadar yang ada.TAPI ANGAN-ANGAN DAH JADI KENYATAAN!! yeayyy!!!
dulu siap bermimpi-mimpi nak shoot macam ni kalau ada bf.ahahaha...akhirnyaaa! dapat pon!

start from today,,af kena study senyum k.Sepanjang-panjang shoot dia tanya ape tahu??

OK X SENYUM MACAM NI??
sambil senyum tunjuk gigi tapi fake gile senyum tu..

KALAU TAK BOLEH NAMPAK GIGI OK X?
terpulang la..ikut keselesaan..

TAPI SAYANG SENYUM NAMPAK GIGI..
adoii..ok2 teruskan lakonan k.

LELAKI KALAU SENYUM NAMPAK GIGI TAK MACHO LA!
eh macam tu ke? masalahnya awak tu macho ke? jangan perasan.cute ade lah! hahahaha..

PANAS NI!..MACAM MANA NI
dulu-dulu syg penah shoot pukul 11 sampai pukul 2 petang bang.balik hitam!
tang panas ni sebijik la perangai kita!

Af kalau nak tunggu dia senyum,,memang kena ada benda-benda yang paling lawak.sebab dia senyum sekali pakej berdekah-dekah...and the cute thing is,,mata dia pon senyum...heeee..cair tang tu..tapi letih ar nak kena belaja buat lawak plak pasni!..kalau merajuk senyap sepi..alhamdulilah semakin faham dengan sifat dia.Kalau marah pon senyap sepi tapi mata ade jeling-jeling..ahahaha ;p


semoga semuanya berjalan lancar,,doakan kami kalian!


THE LOVE IS IN THE AIR....;)











Friday 21 September 2012

cemuhan demi cemuhan

alkisah bermula 2010.....terdapat seorang perempuan,yang comel lagi rupawan.Nama diberi Dilla Nur Amira.Ahaaxxx!! (muntah la!) kesah plak aku kan! ;p

ok,ok,ok....straight to the point!!
macam-macam soalan dan ramai yang tanya sampai ke inbox di FB macam mana boleh kurus.
NAK BANGGA KE TAK?? sebab rasanya tak la kurus mana pon!..Sampai ada suruh consult..eh boleh jadi coach ea lepas ni..ahahahha! FERASAN LAGI!

FIRST OF ALL,,korang mesti ada azam! seriusss!! kalau setakat nak kurus,bila dah kurus korang start ikut rutin makan korang yang macam dulu,,MACAM TAK GUNA la apa yang korang perjuangkan selama hari ni. NAK KURUS PON PERJUANGAN! 

SECONDLY,,korang bersedialah makan hati.AHAHAHAHAH! 2010 tahun aku makan hati kaw-kaw,cumanya tak nampak je,tengah-tengah buat assignment,boleh pula air mata mengalir.tak ke gila assignment sikit punya susah dah jadi macam cerita sedih siap nangis-nangis bagai.ARHH! TU SEMUA CINTA PUNYA PASAL...


DAN SEBAB TU JUGAK!! AKU BANGKIT!!...frust yang teramat menjadikan aku termotivasi.Sampai satu tahap malam-malam pon terasa nak jogging..jadah apa kan.Bila rasa nak nangis aku rasa nak jogging.Bila aku dah luahkan dengan cara doing that all exercise,perasaan tu hilang.Bila muncul lagi buat la lagi exercise tu kan.Semuanya bermula dengan perasaan sedih.Tu je...


BILA DAH SELALU BUAT,,,tertinggal sehari rasa macam nak nangis,pada hal tertinggal sehari tu pon sebab shopping.SHOPPING PON EXERCISE! banyak jugak kalori hilang. ;p Lagi satu tahun 2010 tu ada masalah makan terutamanya nasi.Asal sampai tekak je nasi tu,rasa macam licin-licin.serius geli gile.So makan pon macam ala kadar.Bermula la makan roti.AHAAAA!! ROTI LG POWER KOT BANDING NASI! 2 KEPING ROTI PUTIH = LEBIH KURANG SEPINGGAN NASI!...tapi roti sedap ( ada orang cakap kat aku,kau ni tak ada life betul roti kata sedap) ;0






berat dari 68Kg-----------------------------> 51Kg



NAMPAK TAK!! 2012 BARU NAK NAMPAK HASIL!....kadang-kadang jeles juga dengan orang-orang yang hanya diet sekejap kurus mendadak gile.TAPI!! ITU CARA YANG SALAH!..berdasarkan kepada pembacaan,,orang-orang yang diet seperti itu akan naik mendadak semula beratnya.Tapi tak pernah pula aku diet,aku tak makan banyak sebab perut aku jenis kembung.tu pon satu hal! Bangun pagi gile terguling-guling tekan perut! and one more thing,i m not the clean eater.Rakyat Malaysia kot.Mampu kau nak makan ikan boil je memanjang! Sup ikan,Sayur roasted.(sentuh pula aku sayur-sayur ni)


ORANG DIET DAN BERSENAM TIDAK AKAN MENGALAMI PENURUNAN BERAT BADAN YANG DRASTIK,,INI KERANA LEMAK DALAM BADAN BERUBAH MENJADI OTOT DAN JUMLAH OTOT LEBIH BERAT DARI JUMLAH LEMAK dan ini sangat baik yee tuan-tuan dan puan-puan.Udahnya aku nk kurangkan lagi sikit dah susah,makan banyak ke sikit ke..sama duduk tang tu juga beratnya.Itu pon stress jugak!!.. (SIKAP TAK BERSYUKUR!) may be aku kena jadi clean eater.SUSAH KOT!


DARI ZUMBA SAMPAI KE HIIT( high intensity interval training) aku buat.Zumba dah macam tak challenge sangat sekarang so bertukar kepada certain body part yang aku aim! CTHNYA..peha..masalah setiap feremfuan..=,='...here are some schedule yang aku cuba ikut! NAH cuba buat burpees 20 kali.Mau nazak kau.yang asma tak payah buat!


workout!
Mon: Back, Bi, Abs + Cardio

Tues: Drills, HIITs

Wed: Chest, Shoulders, Tri’s + Cardio

Thurs: Drills, HIITs

Fri: Legs & Butt + Cardio

Sat: Drills, HIITS


korang cari je la kat you tube bersepah all this exercise.NAK TAK NAK JE SEKARANG NI!

BUKAN SEBAB NAK KURUS KORANG BARU NAK EXERCISE,,macam aku ni dah macam rutin.Tertinggal rasa sedih! serius ok! lecturer bising-bising pon kadang-kadang jadi geram,So lepas geram memang dengan cara macam ni.Sekarang masa untuk maintain bukan untuk cantik,tapi untuk sihat.Tapi ada juga yang aku dengar-dengar,

DIA DAH KURUS TAK CANTIK DAH.dulu..EIII MOK-MOK LA DIA NI..(pernah tak manusia berfikir untuk hidup sihat,lalu berubah?? selain berfikiran negatif)











BEAUTY--------------------------->>> BEAST

EH!! terbalik... ;p


NAMPAK TAK MANUSIA YANG MENGATA!...kita memang tak boleh nak tutup mulut orang,nak puaskan hati dorg.As long aku sihat dan ini gaya hidup aku.ADA MASALAH??? kenapa orang mengata,sume sebab JELES..ahahaha...letih wei fikirkan manusia-manusia ni.sampai bila-bila pon korang susah nak berjaya.Sumpah!


Apa yang merisaukan aku ialah,,,kehidupan akan berubah lagi 6 minggu!!..adoii!! harap dapat maintain kehidupan yang sihat ni.Mr.A tolong bagi hati saya sakit kalau nampak macam bahagia sangat badan tu.Arghh!! STRESS fikir akan datang.(belum-belum dah nagatif =,=')

baju kurung banyak tak modified,so jadi macam baju kelawar dah.Housie-housie i yang 3 ekor tu kata..hak3 3 ekor anak kambing,seekor arnab comel...lalalala ;p


ANGAN-ANGAN TERBESAR YANG DAH JADI KENYATAAN! 

Sunday 16 September 2012

MOMMY TO BE IN THE MAKING

tajuk kau....SERAM KOT! tak boleh sopan lagi ke.. ;0

                                                 uwaaaaaaa! i have this with me



as A B2B,melalui pembacaan,ramai yang syorkan untuk makan 3 bulan before kawen in case terehem2 melekat,,bby dah sihat masa awal pembentukan...bunyi macam tak sabar nak ade bby kan..sebenary rancang tahun depan ;p KITA RANCANG TUHAN MENENTUKAN RIGHT! time tau dh mengandung baru nak makan its like too late...orang-orang kita fikiran semua mcm tu,Salah ye u olls~ Ubat ni kesan dia after 3 bulan pengambilan untuk elak bby cacat di awal pembentukan..diulangi! Awal pembentukan!

nak buka makan asyik terfikir... AM I READY TO BE A MOMMY,,,hew..hew..hew...dgn perangai aku yang gila mcm ni jap lagi bby jaga mommy dia..ahaxx! Tetiba jadi seram bila fikir! Sekarang tengah peralihan usia,menjadi adult,I am a chil before.. ;p (perasan comel) adoiii!! lengkapkan diri dengan ilmu,banyakkan membaca! Suppliment ni pon sebenarnya ada dalam sayur-sayur tu.Tapi sorry to say,i am not vege! kalaula boleh hari-hari makan fish n chip! how heaven it is..Nak pula ikan yang gebu-gebu! Pergh!!..the only vege yg boleh masuk mulut salad,coleslaw,tomato,timun,carrot n broccoli.Duduk dengan orang yang makan ulam-ulam,gile rasa cam kambing.ahaha.ok yang kambingnya aku ni la! see! tak seimbang kot makan.Dengan itu,bagi melengkapkan diri saya cuba mengambil acid folic ituh! heee,,malu~

sebenarnye vitamin B9 ni kalau tengok memang ada la juga makan tapi kandungan mcg atau dos dia mungkin kurang di mana sepatutnya perempuan biasa macam kita-kita kena ada dalam badan sebanyak 400 microgram.OK,for more info boleh rujuk sini.cukup la cerita pasal kesihatan dalaman sekarang pasal benda best yang menjadi favourite all time aku! >>> mask muka!

mask muka pon excited ke nak cerita,macam tak da cerita lain.HARUSLAH EXCITED! 1 SHEET IS RM1 OK!  mana nak dapat price macam tu,tanpa berlengah grab all those variety mask.LEGA hati dapat beli! tempek seketul tidur la dengan nyaman.. ;)) its a new product from singapore yang mana dari skin care,cosmetic sampai la kepada hair mask.Juling juga mata sebenarnya tadi nak pilih.SAVEE katanya...





 this one mask muka yang biasa.Macam-macam flavour kot.
siap ada sleeping mask!.terbaik!





yang ini pula,3D Mask.lepas ni pakai sure jadi mask rider.Sumpah tak tipu! =p
agak-agak mengalir air mask tu,jilat sikit sedap juga ni.Mana tak nya ada perisa soy,blackberry.bird nest la.HOHOHO macam-macam lagi kot.Ni antara je kot!





yang ni mask muka diamond collagen,macam jelly.lepas pakai boleh potong makan ok. 
(tipu lagi) ;p




                                       
yang body mask ni selamba aku minta free gift sebab rasanya dah beli banyak harus cuba nasib dapatkan free yang lain pulak ye (beli macam beratus siap minta free gift).yang hijau nose mask! 








    TOTAL = RM12 je!!!


Mana orang tak macam semut berebut-rebut ambil! ni pon ada hati nak beli lagi walhal tak habis pon.sebab promotion price sampai 19 Sept je!

kalau kawen ni botak rasanya MR.A nak layan I ni.ahaxx!..Body mask lain,hand mask lain,eye mask lain,Hair mask lain.(ni kalau Mr.A botak,nanti I belikan u bald hair mask ok??! ) 
confirm la dia jadi mask rider terus meninggalkan haku! @_@.
yelah kulit tak berapa nak flawless,bagi la sikit nutrien-nutrien ni kan.


CANTIK LUAR,CANTIK DALAM,CANTIK DENGAR SINI.... ;)




Wednesday 12 September 2012

KAD SIAPA TU!!

hello...kad saya awak dh pos ke belum ek? masih belum terima la...

dah2..kitorg pos pakai nation wide
 sis..

ok2..i ll check it again nanti..thanx ya...

laju je la kaki ni berjalan kat tempat ambil barang-barang posto tu kn.....

makcik nama saya ada x?? haahhh!! tu pon kotak tu...

ape dia ni bsr kemain! tak celuih lalu kot ni...sat-sat makcik buka tingkap sat..Nah!..ape dia ni??

erm...erm...heee...kad.

Kad ape dia? kad kahwin ka?

a ah..

lorh nak menikah dah ka??Selamat pengantin baru naaa..

ahahaha..belum lagi cik..Ni pos dulu..jauh kan tak kan nak berulang ke JOhor selalu.trima kasih mak cik naa... 

ok,intro bukan main panjang kan..pada hal nak cerita pasal kad je.Pasal kad kahwin pon dah siap kene bebel berleter 24 jam.Sambung berleter lagi kat telefon oleh mem besar kt Johor.. =,='

ok may be salah aku juga la rakus sangat nak kad yang macam-macam..tapi semua duit kad tu duit i u ollss..tang tu je la boleh bangga.tang len loan duit pa ma.Gatal lagi nak kawen kan dah kene loan.

dalam bulan 4 cm tu kot,p lepak kt Bukit Kayu Hitam..nampak la benda yang jadi idaman sangat bila kahwin.Tapi dia jual bekas je.So rakus sangat nah ambil dulu 50 bekas.lepastu blah.Nampak tak,angan-angan dan jadi kenyataan! ;p

industri benda-benda kahwin ni dari ke kad sampai ke benda-benda gubahan sangat-sangat la berkembang pesatnya,sampaikan shopping barang kahwin pon timbul angan-angan nak buka kedai untuk hantaran kahwin.(harap jadi kenyataan!) Kad kahwin siap ada promo,dan promo tu dia buka bukan main awal.5,6 bulan sebelum dah kena booked untuk dapatkan promo price tu.Nampak tak permainan company-company tu.Order untuk yang kahwin tahun 2013 pun dah siap buka bulan 5 2012 lagi u ollss..Awal sangat kan! tapikan,,kad-kad yang di promokan tu harus la cantik dan mengikut citarasa malah sesuai dengan price dia walaupun pricey sikit..(nak keluarkan duit bayar baru kau rasa nak menyesal!) padahal orang dapat kad lepastu buang je kan.Siap la korang yang dapat kad aku lepastu buang!! aku jumpa aku gigit sorang-sorang.Frame ok kad kahwin aku tu gantung kat dinding rumah korang.(ada yang nak buat cm tu??) Semua kad aku online je.Jauh kot nak ke sana sini.Bukan ada kereta,tiket bas pon mahal kot tambah busy nak buat thesis la,praktikum la.Kad-kad sini cantik juga dan adalah kad yang aku tempah kat sini tapi belum sampai.coming soon katanya.diorang pon friendly juga.kad yang aku tempah tu pon antara yang angan-angan dah jadi kenyataan! 

Banyak noo kad kau kan?? Yelah mana tak banyak yang mula-mula tu beli bekas je. Tu pon 50 je kot! Lepas tu godeh-godeh online nampak ada yang cantik lagi.so tambah la lagi beberapa ratus.HABIS TAK KAN NAK NAIK MOTOR P RUMAH KE RUMAH MACAM DULU-DULU TU KAN.KALAU KAWAN KAU DUDUK KAT OVERSEA?? jenuh tempah flight semata-mata nak jemput dengan cara cakap =,='


so mana kadnya??....................................................................................................



                                                      COMING SOON
                                                       (sakit hati tak? ;p )
           

Tuesday 11 September 2012

KALAU DAPAT......

Teringat 2 tahun lepas punya angan-angan......


12.12.12...tahun terakhir belajar,kalau kawen tarikh tu cantiknya la hai....hantaran pon RM12,121.21,masa akad pon 12.12am.. tak silap anniversary parent 11/12...kalau tak boleh celebrate sekali =p

Nampak tak gatal gila angan-angan 2 tahun lepas.Tu cerita 2 thn lepas.Angan-angan tu macam dah jadi kenyataan,TAPI!..tarikh kawen tu lupenya lagi cepat dari tu.TENANG,,RILEX...STEADY je.

TAPI...TAPI...TAPI!!..sindrom takut kawen datang dah.Malam-malam nak tido tu mula la fikir bukan-bukan.Lupanya memang perempuan nak kawen memang akan kena sindrom ni sebab tadi lecturer kaunseling tu bagi tau.AHAHAHA (bergantung juga la pada orang tu)..so normal la kalau tanya kat diri sendiri betul ka,aku ni nak kawen dah?? Nak kawen dengan mamat tu pulak?? Dah sedia ke aku ni?? Soalan-soalan tu akan terbang-terbang dalam diri apabila semakin dekat dengan majlis.Ye sekarang aku lalui.Kadang-kadang terexcited,kadang-kadang macam sedih sebab kita akan ada sedikit gap dengan parent kita,,almaklum,ada suami lepas ni,dia prioriti kita.Macam la kita tak boleh jenguk mak bapak kita lepas kawen ye dak??

Angan-angan 2 tahun lepas banyak yang dah jadi kenyataan! Alhamdulilah...
thanx to Mr.A my savior,love u always.Till Jannah dear.
so sekarang masa untuk verangan bagi 3,4 tahun akan datang pulak!!...ZZZZzzzZzzzz 
INGAT!! mencipta angan-angan biar sampai jadi kenyataan!




Fikir-fikir macam nak jadikan blog ni macam blog B2B macam bride yang lain,kot la boleh bagi sedikit view kepada orang lain yang nak kawen juga.Terutama dalam persiapan tempat,pelamin,baju n etc.Banyak contoh-contoh  pelamin yang super duper chantek! nak tau kt mana...... 


oK...sesiapa nak kawen,terjah la Cari NAS GREAT IDEA...ni FB dia.








Saturday 8 September 2012

kepada yang FRUST

FRUST?? macam korang tak pernah rasa! jangan nak tipu la..
Try p kt cinema cakap nk tiket cerita 29 Februari 3 ea kak,,,lepas tu akak kaunter tu cakap..
kita tak bukak la cerita tu sebab kalau ada pon awak ber3 ni je yang nk tengok!!

DANGGGGG! FRUST TAK??
FRUST KAN!!...
 a bit kecewa dengan semangat nak tengok tetibe,,,aiseyman! xpela..anggap je cinema tu kuno!

Frust tu perasaan kecewa,,selalu di kaitkan dengan frust tertongeng,,KENAPA tak ada FRUST MENIARAP EK....?? kalau meniarap ni rasanya sopan lagi la dari tertongeng tu.. =,='

Frust tu juga dah macam sinonim dengan percintaan...KENAPA?
Time aku frust dulu tak ada la pulak sampai tertongeng terkentut ni...
cumanya......

Aku nak kena langgar dengan trailer sebab budget bawa kereta laju-laju..semua kereta pakat hon aku dah...
dan lagi satu,sebulan diganggu makhluk-makhluk halusssss~NAMPAK TAK BILA ROHANI KITA LONGGAR,TAK TERISI DENGAN APA-APA,,TAMBAH KEIMANAN YANG KURANG  MANTAP...macam-macam boleh terjadi..Jahilnya aku~ itu kisah sedih episod hitam dalam diri aku.Rasanya tak perlu cerita,ke nak tahu?? ahahha...

DI SINI INGIN KU JELASKAN KEPADA CIK-CIK ADIK SEKALIAN YANG KONONYA FRUST TAHAP DEWA!!...

tak payah sampai nak bawa diri sendiri pon tak larat...(ok,aku la tu)
tak payah sampai nak makan pon tak lalu...................(ok,aku lagi)
tak payah berendam air mata sampai 3 purnama.........( aku lagi)

JANGAN JADI MACAM TU SEKALI!!..DIA TAK SAYANG KITA,DIA RUGI,TAPI KITA KENA INGAT,masih ramai di sekeliling kita yang sayangkan kita..IBU BAPA,BFF dan yang penting ALLAH..dia tak pernah hilang walau sesaat dengan kita.(bukan nak budget baik tapi aku dah alami)...

YANG BERLALU TAK KAN MUNGKIN BERULANG TAPI BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN DAN TELADAN...WAKE UP!! korang boleh buat apa yang selama ini korang nak buat tapi tak tercapai,semuanya untuk melupakan kesedihan dan sambil-sambil tu banyak-banyak kanlah membaca tak kisah apa bahan bacaan pun,baik agama,kesihatan dan banyak lagi dan kepada yang gatal sangat konon tak boleh hidup sorang-sorang SILA AMALKAN BACA DOA NI yee murid-murid sekalian :

                                                                     
                                                                          dan ini juga


kalau boleh print out tampal kat dinding,jadikan wallpaper desktop pon boleh...ahahaha,sebab aku pon buat macam tu jugak(tu pon tak hafal-hafal lagi)!!...terlalu kecewa sehingga aku nak sangat tengok berkesan ke doa ni..NAH!! SEKARANG ALLAH DAH BAGI LEBIH DARI APA YANG AKU NAK..Allah bagi cash wei la ni..nak tak nak je..so yang tak ada bf kononya sedih jugak tu,,boleh amalkan.Jangan cakap tak ada sapa nak kat aku ni..(cakaplah ulang-ulang,,doa doe tu!!..tak da sungguh kang)


ingat hidup ni bukan cerita kita dan dia je,,,tapi kita masih ada DIA yang sentiasa dengan kita.. ;)


TAK KENAL!!

Dalam bulan Februari,tak silap18 Februari cam tu la..ada la sorang mamat ni add kt FB.............
Dah la dgn tak kenal kita,men redah je post kt FB,,,JOM DATING!


Aku bab-bab orang tak kenal tetiba post mcm tu,,memang hangin la!
JATUH SAHAM OK!
dah la hatiku baru je di robek-robek di siat-siat..
Aku pon ape lagi...terus je la PM dia...
awak ni tinggal kat mane nk ajak2 dating pulakkksss!
Saya tinggal di Batu Pahat,Rasanya kita sedaerah~
Haiyakkkk...org kampung seyh ( dlm hati ni nk tgk sgt muka org x malu ttbe post mcm tu kt wall aku )


Layan punya layan..lorh mamat ni cikgu jgk~
( aku tak pernah nak layan dgn begitu cepat pd org yg aku tak kenal tapi tak tau kenapa dia!! ...)
ok2...dipendekkan jela cerita ek...


D : Saya tak suka kalo setakat nak kenal-kenal kat fb ni sampai serius di bawa keluar..
A : Tapi saya serius je nak kenal dengan awk,sbb sy sdg mencari...
D : Kalau serius pergilah jumpa mak bapak saya...
A : Ok nanti saya jumpa..tp bagi la dulu gambar awak,,saya nak tunjuk pada mak bapak saya
D : ARE U SURE OR NOT..! kite kenal pon baru je 2,3 minggu je..DENGAN XPERNAH FACE 
      TO FACE!


(at the same time,,kiteorg dh exchange number fon pon..sbb dia xde internet kt rumah sewa)


A week after,,dpt msg..awak,mak bapak saya suka la tengok awak..mcm CT NURHALIZA katanye...
heh...rasa nak tergolek-golek kot dpt msg mcm tu!!.. start dr situ benda kecik ni dh mcm serius...
tak semena-mena aku pulak msg ayah aku...Ayah kalau ada orang ajak akak kawen macam mana???



Ayah   : Sapa ajak akak kawen?? Bukan akak baru clash ke?
Aku    : heeee...memang la..Sakit tu masih terasa pon..entah la..ade sorang cikgu ni ajak kawen la
Ayah   : cikgu mana?? cikgu sekolah akak praktikum tu ke?
Aku    : Bukan la....cikgu dalam FB ni...
Ayah   : siapa dia?? Bak meh gambar nak tengok


sesi menghantar gambar lalu fb adek aku bermula....jeng3...
ayah cakap..JANGAN NAK MAIN-MAIN LA PASAL KAHWIN NI!
BERAPA LAMA DAH AKAK KENAL DIA NI?

tipu sunat sikit,,,dalam 3 bulan cm tu..(pd hal 3 minggu!)
SIAPA NAMA DIA?? TINGGAL KAT MANA ? KERJA KAT MANA? DH BERAPA LAMA KERJA? (soalan-soalan berjaya dijawab dgn jaya tanpa tersasul pon)


                                  ......................................bersambung.........................................

kadang-kadang hidup macam orang main judi,,kalah tak dapat,,menang! NAH! hooray-hooray la kau!

Friday 7 September 2012

say HeY Yoo

~hello~

saya pengguna baru dalam dunia blog


tak pon!
sebenarnye...
dulu pernah ade blog,
tp di sebabkan seseorang....
DELETE terus blog tu.
sampaikan nama blog sendiri yang dulu pon lupe
nampak tak?? nampak tak....
 betapa sakitnya hati!!