Thursday 27 December 2012

ENDING 2012 TU SEDIH!

hye salam semua,,,,

sejak menjadi bini aka isteri masa untuk berblog semakin kurang dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...sob3..

BUKAN MACAM DULU LAGI

- masa bujang2 kau boleh nk hu-ha huray-huray dengan kawan
- cakap sorang2 dgn dinding ( favourite masa lapang)
- makan setakat ikut perut kau je ( ada roti cecah air dh sdp pon)
- cakap main sedap mulut


SEKARANG

- dapat suami seorang pemakan secara automatik terjoin sekali
- still cakap sorang-sorang tp ade org lain nyampuk "ckp dgn sapa yg?? " heeeee......
- masak,makan,masak,makan ( belum ada kerjaya tetap kecuali seorang isteri )
- tercakap ngek ngok kena cubit ngn suami.....


DAN YANG LEBIH PENTING

- ke arah parenting!! seperti yang dijangka,,i m prengnant!! 9 week bby in womb..( tiny lil dot ) :')
- kena jadi lebih matang sbb takut baby jaga mommy dia ni..ahaxx!
- kena jaga rumahtangga,jaga aib bersama!
- lebih mempercayai pasangan,,,sebab dah dunia akhirat dengan org tu je!


ENDING 2012 AKU SANGAT-SANGAT BERNILAI!,,,,
SEDIH SEBAB ALLAH MELIMPAHKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH.
DAN AKU SANGAT-SANGAT BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN YANG TIDAK TERNILAI NI! eh sedih seyhhh tengok perubahan diri sendiri..AMAZING pon ada!


nampak tak,,dalam blog pon tak sempat cerita pasal kahwin 2 bulan lepas...seee!
hidup kita sekelip mata berubah,hidup tidak lah sebosan yang dijangka,,hidup sangat pantas seperti masa-masa yang sedang dibuangkan..kuang3.kat tepi blog pon dah tambah lagi 1 life part tu,,BABY...tengok baby 9 week,,kahwin pon 9 week...agak-agak ada tak nak cakap aku ni dah terehem-ehem dulu macam diana daniella kena.Heh x baik tau!..Rezeki semua tu,Allah ada caturannya yang aku sendiri pon tak tahu!
Nurse semalam siap tanya " Awak sempat tak honeymoon??..tetiba tengok inai kat jari..merah lagi.sempat kak.Sekarang pon honeymoon lagi.. ;p

Dalam masa 3 bulan terakhir ini,aku tak tau nak describe macam mana kehidupan aku yang berubah 100% kerrr..HAHAHA!.. pindah rumah duduk dengan husband and ada baby dalam perut.Macam ada tongkat sakti je dan aku ni macam kena sumpah...blinggg! nah suami and baby... nak bercerita pasal baby pon malu..tunggu besar sikit ea,,nanti kita drama OK!

KRONOLOGI DIRI AKU 2012

HABIS STUDY -----> KAHWIN -------> PRENGNANT -------> PINDAH RUMAH SENDIRI

semua dalam masa 3 bulan....serius sedih!

Doakan baby sentiasa sihat ye kawan-kawan,,masih fragile plak dapat mommy yang buas =,='
Doakan mommy dia juga,sebab asyik rasa macam dunia ni melayang je..
dan aku tetiba rindu sangat dengan kawan-kawan semua! Hye kawan-kawan... ;'(

Sunday 16 December 2012

macam mana kenal part II

ok nak sambung cerita yang tergendala berkurun lamanya....

Kami kenal bulan 2 yang lepas,,ye dalam tahun ni juga,,kalau tengok kat tepi blog ni boleh nampak baru kenal 9 bulan....cukup 10 bulan kawen...hahahaha.BARU NAK KENAL TAHUN NI! ok,
ada setengah orang,dah kawan dengan orang tu almost 5,6 tahun tapi just kawan je,tetibe jadi plak jodoh,,kawen la kan..tapi at least dah kenal! so tak de la nak cakap kawen dulu baru nak cinta,Sebab memang dah kenal kan..silap-silap memang skandal.Ahahahah!...


Mula-mula memang budget nak jadikan mamat ni skandal je,tapi tengok ade janggut sejemput,cairrrr plak dahhhh..ahahahah..Kenal time praktikum yang 3 bulan tu.Tapi bukan kenal kat sekolah praktikum tu. dan cakap kenal kat PESBUK! Bila ayah ibu tanya kenal dah lama ke,gile la kalau aku cakap baru 2,3 minggu je.Time 2,3 minggu kenal tu,kami dah bagi parent masing-masing tengok gambar bakal menantu masing-masing tu pon lalu handfon.Yelah kitorg tak pernah jumpa.DAN AKU BUAT DECISION TERBESAR DALAM HIDUP HANYA 29 HARI!..korang berani??


Semua bermula bila perasaan ni jadi tak menentu,sangat-sangat tak menentu,First,two week main pm-pm kat FB.Dia buat istikharah,,aku pon buat juga.Dia mulakan bicara dengan HYE BOLEH KENAL?? dan aku jarang la nak terhegeh-hegeh gelojoh layan ke apa ke kan.Cam bese ar,lagi pun time tu gua tengah frust tertongeng beb.Lepas seminggu tak dapat pm dari dia rasa lain.Rumah dia tak da internet,time balik kampung baru ada line.Time tu cepat-cepat tukar no fon.AHAHAHAH! ok settle.Entah macam mana,terkeluar kisah tentang life masing-masing yang menjanda dan menduda...kuang3...ok.DIA PON DALAM SITUASI YANG SAMA.BARU CLASH 3,4 MINGGU! At least aku dah berkeadaan frust 2,3 bulan jugak la kan..hahaha..tetiba dia cakap SAYA TAK NAK KAWAN DENGAN AWAK SUKA-SUKA MACAM LELAKI LAIN.SAYA LAIN!...Saya nak cari BINI!.. jujur yang buat aku ternganga tengah malam.Apa aku fikir time tu >> This man must be crazy tak pon kau desperado!


agak-agak dah dia cakap cam tu,aku nak cakap ape......TERKESIMA.Ada orang dalam dunia yang baru kenal 2,3 minggu nak jadikan aku isteri.Tebiat mamat ni!..makin serius perasaan aku ni layan mamat tu.ahaxx! dalam masa 2,3 minggu kenal tu,memang hati aku sangat-sangat tergerak untuk istikharah,dia pon sama.Dia kat sekolah pon ada orang ngurat juga.Tapi dia sndiri tak tau kenapa tak nak dengan orang tu.Pada hal hari-hari jumpa.Sedangkan aku..TAK PERNAH JUMPA!..lepas sembahyang istikharah tu,perasaan aku membuak-buak.Sampai rasa nak nangis,kenapa aku tak boleh control diri nak sangat kenal dengan dia ni.SUMPAH! lain sangat-sangat perasaan tu.Perasaan tu macam bergerak sendiri!!..TAK TAHU NAK EXPLAIN MACAM MANA! sampai jadi macam tak tahu hala,depan member sure la gua control! aku dengar ceramah kat mana tah,tak semestinya kita dapat mimpi je lepas istikharah.Perasaan kita akan jadi macam tu.Macam aku alami.Bile dah alami sendiri,memang aku iyekan je la..


Lepas bincang dengan parent masing-masing,HARI KE-30 KAMI KENAL,aku dari Kedah turun ke Johor,Dia dari JB turun ke BP.First time nak jumpa!! berdebar weyh! (macam 30 hari mencari cinta plak) BERDEBAR sebab dengan tak pernah jumpa,aku dah approve dia bakal jadi suami aku,sama juga dengan dia.ENTAH CUKUP TAK GIGI DIA,TINGGI MANA TAH ORANGNYA,ADA PARUT-PARUT KE MUKA...ngahahaha..ALHAMDULILAH,,dia sampai depan rumah aku.Tempat pertama kali kami jumpa adalah di GATE RUMAH AKU! SUCH A NICE PLACE KAN!.time nak buka gate suruh dia masuk dia macam terkesima,tengok je aku.PELIK KOT NAMPAK AKU DALAM BENTUK 3D ni yelah selalu tengok gambar je..lupenya dia jatuh cinta,,owh cam tu lupanya.sebab dapat mesej dari dia.DIA TAK KAN LUPA SAAT JATUH CINTA TENGOK AKU IN REAL.simpan lagi u olls mesej tu.(siap cakap jangan cerita ni kt blog! malu katanya)..sorry Af tercerita momen indah..Ahahaha.Lagi 1,aku ni jenis macam mana tah,Kalau aku kenal dengan mana-mana orang yang dilihat berpotensi,aku akan suruh dia jumpa parent aku dlu.Sebab aku kepo kot tu jadi cm tu.LAGI PON TAK ELOK NAK BERSELINDUNG BENDA-BENDA MACAM NI.


MASUK LA ABG,,,time tu aku dah berani panggil abang.sebab dah kena dengan ibu,yang nak datang ni nanti bakal suami akak.JANGAN NAK PANGGIL KAMU2 MACAM DULU2..tak hormat orang katanya.Padahal baru nak budget comel panggil kamu..dia duduk dengan tertib.Sesi suai kenal dan sesi interview bermula.OK COOL ORANGNYA!..PASS! habis dah sesi antara parentku dan dia.Sekarang sesi aku dengan parent dia pula.Before p umah dia,p kedai emas jap,try cincin risik.KAH3..cam cowboy kan.time tu perasaan sayang,cinta belum clear sangat.more tu perasaan,OMG! IS THIS REAL?..AKU DAH   KAT STAGE MANA SEKARANG DALAM PERHUBUNGAN!..ahahha..dalam hati ade sikit bunga-bunga.Rumah dia dengan rumah aku 20minit sampai la.So tak berbual sangat.Malu-malu lagi! Sampai-sampai aku dipelawa masuk.Macam Jemah jugak la.Entah la memang gua peramah.Baik peramah dari pemarah kan! So steady beb jawab soalan suma.LULUS! sebab bakal bapak mertua tengok muka aku sambil sembang.sebelum-sebelum ni,dia kata bapak dia tak kan tengok muka perempuan yang dia bawa balik! sebab tak pakai tudung.alkisah baru aku tau mamat ni taste tinggi and agak hotsetap.Padahal keding je.ahahahah..ampun pak.. 


Dah habis-habis semua tu,dia anta aku semula kat rumah,petang kang lepas zohor datang balik,bawa parent masing-masing bincang! Sempat juga aku tertido.Pung pang pung pang,,sarung cincin risik,Terus cerita tarikh kahwin.KENAPA TAK BERTUNANG?? sebab..aku cakap aku tak nak bertunang.Jatuh ke standard tak bertunang??.tak pon.sebab tu adat je.Lagi pon bertunang bukan perlu di pungpangkan pon.Kalau nak pon,time kahwin bertunang 5 minit je.Baru adventure kan.Entah la ek,aku rasa bertunang pon masih belum menghalalkan apa-apa dan tak ada apa-apa pon dalam istilah tu melainkan orang pung pang sana sini lepastu mula la berantakan dalam masa bertunang tu.Mostly dengar cerita macam tu.Sebab darah manis katanya.Memang tak berkenan la,tak tau kenapa.TAKUT KOT dapat gelaran tunangan orang.Dapat gelaran isteri orang best sikit kot..mula-mula bincang nak tarikh 12/12/12..memang ok nak proceed tarikh tu..Lepas dah beberapa bulan,parent aku cakap..cepatkan la.Nanti bulan 12 banyak majlis tau,kawan-kawan ibu ayah takut ada yang dah pergi bercuti ke mana-mana.lagi pon nak tunggu apa lagi,cuti lama memang masa untuk honeymoon.Ok my parent keep saying that untill today.=,=' diorang pon pilih-pilih tarikh baru..So decision pon suda di approve di pihak sana.Nak honeymoon mana pon tak tau,tak fikir lagi.sebab aku busy nak final la,,benda-benda lain lagi yang sewaktu dengannya.


Esoknya,,hari sebulan 1 hari kitorg kenal,dia dah kena hantar aku p LCCT,aku kena p Sabah.Perasaan gembira sebab yang bawa tu bakal suami aku kot.sebelum-sebelum ni bakal bf la,,skandal la..nyaris-nyaris bf la yang bawa.huhuhu...KENAL SEBULAN MACAM KENAL 2 TAHUN  tak tipu.Yang kenal almost 3 years macam kenal semalam.makin banyak nak tahu,makin banyak pula alasanya.PELIK.First time dapat duit bukan dari sumber pama..tapi,,papa..ngahahaha! TAK DANYA AKU NAK BERPAPA MAMA.Pang nak! Selama 9 bulan kenal,3,4 bulan pertama,ehem-ehem yang dulu macam nak pujuk aku balik sebab tak sangka lah aku akan tinggalkan dia.Dah kau cabar aku,siap cakap Kalau dia tak kawen dengan aku,aku tak boleh salahkan dia.OI! tak kebuluq la!.Bila masa aku cakap nak kawen dgn kau..sia-sia je kau kenal dengan family aku,kau rapat dengan diorang,last-last tujuan kau macam main-mainkan aku kan.Before aku cakap dengan ex aku tu yang aku nak kawen,aku tanya dulu perasaan dia yang sebenar.DIA CAKAP,,ANGGAP JE LA 3 TAHUN NI KITA KAWAN-KAWAN JE.memang your head la kan!..nangis kot aku,sebab maruah aku sebagai seorang perempuan macam kat kaki dia.memang ucap TERIMA KASIH LA sebab buat aku jadi perempuan paling hina yang dia boleh pijak-pijak selama ni! bukan menghormati.ARGHH! sudah..gua malas nak ingat.GO GET UR LIFE! kalau aku marah,sebab aku menjaga maruah aku! Tapi aku tak berdendam dengan dia.awal-awal je marah.


Berbalik di LCCT tu ye,,lepas aku p Sabah,,aku balik Kedah.So memang tak jumpa la kan.jumpa tu je la.Time-time cuti sekolah balik baru jumpa.Kalau jumpa pon urusannya sekarang pasal kahwin kot.so kalau keluar pon memang masuk kedai kawen.Sampai la sekarang.Parent aku pon tak bagi kerap sangat jumpa.Baru budget nak lepas rindu.Balik lewat kul 8 je pon..lepas magrib p makan jap,,parent masing-masing dah call.Bile nak balik?? jap lagi pas makan.Mesti korang cakap lawak kan dah besar-besar pon macam terkongkong.Dengan dia yang lelaki pon mak dia call.Tu tanggungjawab mak bapak.Kalau aku ada anak pon,aku akan buat macam tu juga sehingga depan mata aku dia peluk lelaki yang bernama suami! baru aku lepaskan!..garangkan?? aku dah biasa dengan hidup macam tu..Kadang-kadang pukul 10 malam lepak dengan member main bowling parent call,,ANAK DARA MALAM-MALAM Keluar! Bile nak balik?? =,=' ramai-ramai ni main bu..1 kelas.HABIS-HABIS TERUS BALIK! yeee.. Tapi sekarang dah jadi double,sebab dia plak yang bising.PEREMPUAN MALAM-MALAM KELUAR TAK BALIK LAGI.BAHAYA TAU TAK!..erm jap lagi balik la.HAH BALIK TERUS JANGAN P MANA-MANA LAGI. ok... Dalam masa 9 bulan kenal dengan dia,perang besar,perang kecik semua dah lalui.sebabnya memang aku terkenal dengan degil.DIORG NGUMPAT PASAL I UOLLSS..dia n parent aku bergosip.haishhh! Naseb ada adek aku yang kecik pecahkan rahsia..NGAHAHAHAH!


Sebelum-sebelum ni,ramai yang aku kenal semua dari bidang engineering,tak tau la kenapa.Siap cakap bosan dengan cikgu sebab parent aku cikgu,makcik pakcik,cousin mazen suma,cousin punya suami,isteri..Nampak tak berapa ramai warga pendidik?? last-last yang aku tak suka tu la yang akan kekal menjadi hak milik aku.Lain kali jangan nak menyumpah sangat.Confirm benda kita tak suka tu la kita akan suka! Tapi tak banyak beza dari aspek pemikiran diorg ni sebab encik bakal asben orang fizik..So kalo cakap nak macam shakespear sangat,,alamat sampai lusa kang makan hati.Diorang very straight foward la pemikiran.Yang a bit sastera ni nak berkias-kias,jaga perasaan la kan.Different yang boleh nampak ialah,saling memahami,masa bekerja sama,lebih peka pada perasaan pasangan yelah sebab cikgu deal dengan manusia juga.Itu yang sangat-sangat obvious.Sebab itu perkenalan yang 9 bulan ini,,aku rasa macam dah lama gila,malah selalu ingatkan diri sendiri..Setahun pon tak sampai Dilla...We have a strong attachment and i dont know how can it build rapidly.


Bulan 12 tahun lepas,parent aku balik haji tengok aku macam tengkorak hidup.Ibu aku siap sedih-sedih tengok penderitaan cintaku.drama kan?  Bulan 2 dapat penganti terus nak kawen.Dia cakap,masa dia kat Mekah,hari-hari dia doakan jodoh aku.Kalau (nama orang yg dh jd kenangan) utk anak ku,satukan mereka,kalau bukan putuskan mereka dan berikan seseorang yang baik utk anak ku.Sungguh la.Balik-balik dari Mekah,aku memang shut down terus dengan hubungan yang lepas.Even masa jumpa bulan 11 tu,aku cakap dengan dia.This is may be our last......See,kekuasaan Allah! CASH MEN! CASH!..Thanx God for sending me someone who can hold me tight! even when i am in a rain,in a tornado..dah! cukup Shakespear! Till Jannah dear! Bila kita sayang orang tu betul-betul,ada perkataan yang memang susah nak ungkap nak bagi tahu kat dia.Sampai sekarang,,,hanya aku dan Allah tahu.Tak tahu how to express.Walaupun dah banyak kali dia ajar cara untuk meluah,,yang aku reti cuma meludah..ngeeee ;p



BETUL ORANG KATA

terima dan sayang orang yang benar-benar inginkan kita dan bukanlah yang kita inginkan!..ingat tu ye anak-anak!...

tak rugi kita ingat Allah,sebab Allah ingat kita berganda! 
malu kat diri sendiri.


sorry entry kali ni panjang,sebab ramai terkejut aku nak kawen.Aku pon terkejut aku nak kawen.korang nak heran apa??Nampak aku macam tak bercinta ke wei??

kalau bercinta pon,kawen dengan orang lain.ahahaha! 

nampak tak aku dah takut dengan lelaki.so yang mana jujur dan betul-batul nak,buat mana yang penting,kita bersatu,Easy right?? Nampak macam aku senang nak deal dengan feeling sendiri kan? Allah tahu semua tu..macam mana aku nangis,macam mana kosongnya perasaan aku,otak aku.boleh tetiba nangis..haaaaa...semput cerita. ;p

DOAKAN KAMI YE KAWAN-KAWAN,,,doa tu senjata! setiap apa yang kita cakap semua tu doa ;)
DAN aku bercerita bukan untuk berlagak,sekadar berkongsi kisah teladan yang akal aku sendiri tak pernah sangka akan jadi macam ni.Apa yang kita rancang,JIKA BUKAN KETENTUAANYA,TETAP JUGA TAK BERJALAN,Apa yang telah tercatat OLEHNYA,ITU YANG TERBAIK BAGI KITA! PERCAYA LA!