Friday 21 September 2012

cemuhan demi cemuhan

alkisah bermula 2010.....terdapat seorang perempuan,yang comel lagi rupawan.Nama diberi Dilla Nur Amira.Ahaaxxx!! (muntah la!) kesah plak aku kan! ;p

ok,ok,ok....straight to the point!!
macam-macam soalan dan ramai yang tanya sampai ke inbox di FB macam mana boleh kurus.
NAK BANGGA KE TAK?? sebab rasanya tak la kurus mana pon!..Sampai ada suruh consult..eh boleh jadi coach ea lepas ni..ahahahha! FERASAN LAGI!

FIRST OF ALL,,korang mesti ada azam! seriusss!! kalau setakat nak kurus,bila dah kurus korang start ikut rutin makan korang yang macam dulu,,MACAM TAK GUNA la apa yang korang perjuangkan selama hari ni. NAK KURUS PON PERJUANGAN! 

SECONDLY,,korang bersedialah makan hati.AHAHAHAHAH! 2010 tahun aku makan hati kaw-kaw,cumanya tak nampak je,tengah-tengah buat assignment,boleh pula air mata mengalir.tak ke gila assignment sikit punya susah dah jadi macam cerita sedih siap nangis-nangis bagai.ARHH! TU SEMUA CINTA PUNYA PASAL...


DAN SEBAB TU JUGAK!! AKU BANGKIT!!...frust yang teramat menjadikan aku termotivasi.Sampai satu tahap malam-malam pon terasa nak jogging..jadah apa kan.Bila rasa nak nangis aku rasa nak jogging.Bila aku dah luahkan dengan cara doing that all exercise,perasaan tu hilang.Bila muncul lagi buat la lagi exercise tu kan.Semuanya bermula dengan perasaan sedih.Tu je...


BILA DAH SELALU BUAT,,,tertinggal sehari rasa macam nak nangis,pada hal tertinggal sehari tu pon sebab shopping.SHOPPING PON EXERCISE! banyak jugak kalori hilang. ;p Lagi satu tahun 2010 tu ada masalah makan terutamanya nasi.Asal sampai tekak je nasi tu,rasa macam licin-licin.serius geli gile.So makan pon macam ala kadar.Bermula la makan roti.AHAAAA!! ROTI LG POWER KOT BANDING NASI! 2 KEPING ROTI PUTIH = LEBIH KURANG SEPINGGAN NASI!...tapi roti sedap ( ada orang cakap kat aku,kau ni tak ada life betul roti kata sedap) ;0






berat dari 68Kg-----------------------------> 51Kg



NAMPAK TAK!! 2012 BARU NAK NAMPAK HASIL!....kadang-kadang jeles juga dengan orang-orang yang hanya diet sekejap kurus mendadak gile.TAPI!! ITU CARA YANG SALAH!..berdasarkan kepada pembacaan,,orang-orang yang diet seperti itu akan naik mendadak semula beratnya.Tapi tak pernah pula aku diet,aku tak makan banyak sebab perut aku jenis kembung.tu pon satu hal! Bangun pagi gile terguling-guling tekan perut! and one more thing,i m not the clean eater.Rakyat Malaysia kot.Mampu kau nak makan ikan boil je memanjang! Sup ikan,Sayur roasted.(sentuh pula aku sayur-sayur ni)


ORANG DIET DAN BERSENAM TIDAK AKAN MENGALAMI PENURUNAN BERAT BADAN YANG DRASTIK,,INI KERANA LEMAK DALAM BADAN BERUBAH MENJADI OTOT DAN JUMLAH OTOT LEBIH BERAT DARI JUMLAH LEMAK dan ini sangat baik yee tuan-tuan dan puan-puan.Udahnya aku nk kurangkan lagi sikit dah susah,makan banyak ke sikit ke..sama duduk tang tu juga beratnya.Itu pon stress jugak!!.. (SIKAP TAK BERSYUKUR!) may be aku kena jadi clean eater.SUSAH KOT!


DARI ZUMBA SAMPAI KE HIIT( high intensity interval training) aku buat.Zumba dah macam tak challenge sangat sekarang so bertukar kepada certain body part yang aku aim! CTHNYA..peha..masalah setiap feremfuan..=,='...here are some schedule yang aku cuba ikut! NAH cuba buat burpees 20 kali.Mau nazak kau.yang asma tak payah buat!


workout!
Mon: Back, Bi, Abs + Cardio

Tues: Drills, HIITs

Wed: Chest, Shoulders, Tri’s + Cardio

Thurs: Drills, HIITs

Fri: Legs & Butt + Cardio

Sat: Drills, HIITS


korang cari je la kat you tube bersepah all this exercise.NAK TAK NAK JE SEKARANG NI!

BUKAN SEBAB NAK KURUS KORANG BARU NAK EXERCISE,,macam aku ni dah macam rutin.Tertinggal rasa sedih! serius ok! lecturer bising-bising pon kadang-kadang jadi geram,So lepas geram memang dengan cara macam ni.Sekarang masa untuk maintain bukan untuk cantik,tapi untuk sihat.Tapi ada juga yang aku dengar-dengar,

DIA DAH KURUS TAK CANTIK DAH.dulu..EIII MOK-MOK LA DIA NI..(pernah tak manusia berfikir untuk hidup sihat,lalu berubah?? selain berfikiran negatif)











BEAUTY--------------------------->>> BEAST

EH!! terbalik... ;p


NAMPAK TAK MANUSIA YANG MENGATA!...kita memang tak boleh nak tutup mulut orang,nak puaskan hati dorg.As long aku sihat dan ini gaya hidup aku.ADA MASALAH??? kenapa orang mengata,sume sebab JELES..ahahaha...letih wei fikirkan manusia-manusia ni.sampai bila-bila pon korang susah nak berjaya.Sumpah!


Apa yang merisaukan aku ialah,,,kehidupan akan berubah lagi 6 minggu!!..adoii!! harap dapat maintain kehidupan yang sihat ni.Mr.A tolong bagi hati saya sakit kalau nampak macam bahagia sangat badan tu.Arghh!! STRESS fikir akan datang.(belum-belum dah nagatif =,=')

baju kurung banyak tak modified,so jadi macam baju kelawar dah.Housie-housie i yang 3 ekor tu kata..hak3 3 ekor anak kambing,seekor arnab comel...lalalala ;p


ANGAN-ANGAN TERBESAR YANG DAH JADI KENYATAAN! 

Sunday 16 September 2012

MOMMY TO BE IN THE MAKING

tajuk kau....SERAM KOT! tak boleh sopan lagi ke.. ;0

                                                 uwaaaaaaa! i have this with me



as A B2B,melalui pembacaan,ramai yang syorkan untuk makan 3 bulan before kawen in case terehem2 melekat,,bby dah sihat masa awal pembentukan...bunyi macam tak sabar nak ade bby kan..sebenary rancang tahun depan ;p KITA RANCANG TUHAN MENENTUKAN RIGHT! time tau dh mengandung baru nak makan its like too late...orang-orang kita fikiran semua mcm tu,Salah ye u olls~ Ubat ni kesan dia after 3 bulan pengambilan untuk elak bby cacat di awal pembentukan..diulangi! Awal pembentukan!

nak buka makan asyik terfikir... AM I READY TO BE A MOMMY,,,hew..hew..hew...dgn perangai aku yang gila mcm ni jap lagi bby jaga mommy dia..ahaxx! Tetiba jadi seram bila fikir! Sekarang tengah peralihan usia,menjadi adult,I am a chil before.. ;p (perasan comel) adoiii!! lengkapkan diri dengan ilmu,banyakkan membaca! Suppliment ni pon sebenarnya ada dalam sayur-sayur tu.Tapi sorry to say,i am not vege! kalaula boleh hari-hari makan fish n chip! how heaven it is..Nak pula ikan yang gebu-gebu! Pergh!!..the only vege yg boleh masuk mulut salad,coleslaw,tomato,timun,carrot n broccoli.Duduk dengan orang yang makan ulam-ulam,gile rasa cam kambing.ahaha.ok yang kambingnya aku ni la! see! tak seimbang kot makan.Dengan itu,bagi melengkapkan diri saya cuba mengambil acid folic ituh! heee,,malu~

sebenarnye vitamin B9 ni kalau tengok memang ada la juga makan tapi kandungan mcg atau dos dia mungkin kurang di mana sepatutnya perempuan biasa macam kita-kita kena ada dalam badan sebanyak 400 microgram.OK,for more info boleh rujuk sini.cukup la cerita pasal kesihatan dalaman sekarang pasal benda best yang menjadi favourite all time aku! >>> mask muka!

mask muka pon excited ke nak cerita,macam tak da cerita lain.HARUSLAH EXCITED! 1 SHEET IS RM1 OK!  mana nak dapat price macam tu,tanpa berlengah grab all those variety mask.LEGA hati dapat beli! tempek seketul tidur la dengan nyaman.. ;)) its a new product from singapore yang mana dari skin care,cosmetic sampai la kepada hair mask.Juling juga mata sebenarnya tadi nak pilih.SAVEE katanya...





 this one mask muka yang biasa.Macam-macam flavour kot.
siap ada sleeping mask!.terbaik!





yang ini pula,3D Mask.lepas ni pakai sure jadi mask rider.Sumpah tak tipu! =p
agak-agak mengalir air mask tu,jilat sikit sedap juga ni.Mana tak nya ada perisa soy,blackberry.bird nest la.HOHOHO macam-macam lagi kot.Ni antara je kot!





yang ni mask muka diamond collagen,macam jelly.lepas pakai boleh potong makan ok. 
(tipu lagi) ;p




                                       
yang body mask ni selamba aku minta free gift sebab rasanya dah beli banyak harus cuba nasib dapatkan free yang lain pulak ye (beli macam beratus siap minta free gift).yang hijau nose mask! 








    TOTAL = RM12 je!!!


Mana orang tak macam semut berebut-rebut ambil! ni pon ada hati nak beli lagi walhal tak habis pon.sebab promotion price sampai 19 Sept je!

kalau kawen ni botak rasanya MR.A nak layan I ni.ahaxx!..Body mask lain,hand mask lain,eye mask lain,Hair mask lain.(ni kalau Mr.A botak,nanti I belikan u bald hair mask ok??! ) 
confirm la dia jadi mask rider terus meninggalkan haku! @_@.
yelah kulit tak berapa nak flawless,bagi la sikit nutrien-nutrien ni kan.


CANTIK LUAR,CANTIK DALAM,CANTIK DENGAR SINI.... ;)




Wednesday 12 September 2012

KAD SIAPA TU!!

hello...kad saya awak dh pos ke belum ek? masih belum terima la...

dah2..kitorg pos pakai nation wide
 sis..

ok2..i ll check it again nanti..thanx ya...

laju je la kaki ni berjalan kat tempat ambil barang-barang posto tu kn.....

makcik nama saya ada x?? haahhh!! tu pon kotak tu...

ape dia ni bsr kemain! tak celuih lalu kot ni...sat-sat makcik buka tingkap sat..Nah!..ape dia ni??

erm...erm...heee...kad.

Kad ape dia? kad kahwin ka?

a ah..

lorh nak menikah dah ka??Selamat pengantin baru naaa..

ahahaha..belum lagi cik..Ni pos dulu..jauh kan tak kan nak berulang ke JOhor selalu.trima kasih mak cik naa... 

ok,intro bukan main panjang kan..pada hal nak cerita pasal kad je.Pasal kad kahwin pon dah siap kene bebel berleter 24 jam.Sambung berleter lagi kat telefon oleh mem besar kt Johor.. =,='

ok may be salah aku juga la rakus sangat nak kad yang macam-macam..tapi semua duit kad tu duit i u ollss..tang tu je la boleh bangga.tang len loan duit pa ma.Gatal lagi nak kawen kan dah kene loan.

dalam bulan 4 cm tu kot,p lepak kt Bukit Kayu Hitam..nampak la benda yang jadi idaman sangat bila kahwin.Tapi dia jual bekas je.So rakus sangat nah ambil dulu 50 bekas.lepastu blah.Nampak tak,angan-angan dan jadi kenyataan! ;p

industri benda-benda kahwin ni dari ke kad sampai ke benda-benda gubahan sangat-sangat la berkembang pesatnya,sampaikan shopping barang kahwin pon timbul angan-angan nak buka kedai untuk hantaran kahwin.(harap jadi kenyataan!) Kad kahwin siap ada promo,dan promo tu dia buka bukan main awal.5,6 bulan sebelum dah kena booked untuk dapatkan promo price tu.Nampak tak permainan company-company tu.Order untuk yang kahwin tahun 2013 pun dah siap buka bulan 5 2012 lagi u ollss..Awal sangat kan! tapikan,,kad-kad yang di promokan tu harus la cantik dan mengikut citarasa malah sesuai dengan price dia walaupun pricey sikit..(nak keluarkan duit bayar baru kau rasa nak menyesal!) padahal orang dapat kad lepastu buang je kan.Siap la korang yang dapat kad aku lepastu buang!! aku jumpa aku gigit sorang-sorang.Frame ok kad kahwin aku tu gantung kat dinding rumah korang.(ada yang nak buat cm tu??) Semua kad aku online je.Jauh kot nak ke sana sini.Bukan ada kereta,tiket bas pon mahal kot tambah busy nak buat thesis la,praktikum la.Kad-kad sini cantik juga dan adalah kad yang aku tempah kat sini tapi belum sampai.coming soon katanya.diorang pon friendly juga.kad yang aku tempah tu pon antara yang angan-angan dah jadi kenyataan! 

Banyak noo kad kau kan?? Yelah mana tak banyak yang mula-mula tu beli bekas je. Tu pon 50 je kot! Lepas tu godeh-godeh online nampak ada yang cantik lagi.so tambah la lagi beberapa ratus.HABIS TAK KAN NAK NAIK MOTOR P RUMAH KE RUMAH MACAM DULU-DULU TU KAN.KALAU KAWAN KAU DUDUK KAT OVERSEA?? jenuh tempah flight semata-mata nak jemput dengan cara cakap =,='


so mana kadnya??....................................................................................................



                                                      COMING SOON
                                                       (sakit hati tak? ;p )
           

Tuesday 11 September 2012

KALAU DAPAT......

Teringat 2 tahun lepas punya angan-angan......


12.12.12...tahun terakhir belajar,kalau kawen tarikh tu cantiknya la hai....hantaran pon RM12,121.21,masa akad pon 12.12am.. tak silap anniversary parent 11/12...kalau tak boleh celebrate sekali =p

Nampak tak gatal gila angan-angan 2 tahun lepas.Tu cerita 2 thn lepas.Angan-angan tu macam dah jadi kenyataan,TAPI!..tarikh kawen tu lupenya lagi cepat dari tu.TENANG,,RILEX...STEADY je.

TAPI...TAPI...TAPI!!..sindrom takut kawen datang dah.Malam-malam nak tido tu mula la fikir bukan-bukan.Lupanya memang perempuan nak kawen memang akan kena sindrom ni sebab tadi lecturer kaunseling tu bagi tau.AHAHAHA (bergantung juga la pada orang tu)..so normal la kalau tanya kat diri sendiri betul ka,aku ni nak kawen dah?? Nak kawen dengan mamat tu pulak?? Dah sedia ke aku ni?? Soalan-soalan tu akan terbang-terbang dalam diri apabila semakin dekat dengan majlis.Ye sekarang aku lalui.Kadang-kadang terexcited,kadang-kadang macam sedih sebab kita akan ada sedikit gap dengan parent kita,,almaklum,ada suami lepas ni,dia prioriti kita.Macam la kita tak boleh jenguk mak bapak kita lepas kawen ye dak??

Angan-angan 2 tahun lepas banyak yang dah jadi kenyataan! Alhamdulilah...
thanx to Mr.A my savior,love u always.Till Jannah dear.
so sekarang masa untuk verangan bagi 3,4 tahun akan datang pulak!!...ZZZZzzzZzzzz 
INGAT!! mencipta angan-angan biar sampai jadi kenyataan!




Fikir-fikir macam nak jadikan blog ni macam blog B2B macam bride yang lain,kot la boleh bagi sedikit view kepada orang lain yang nak kawen juga.Terutama dalam persiapan tempat,pelamin,baju n etc.Banyak contoh-contoh  pelamin yang super duper chantek! nak tau kt mana...... 


oK...sesiapa nak kawen,terjah la Cari NAS GREAT IDEA...ni FB dia.








Saturday 8 September 2012

kepada yang FRUST

FRUST?? macam korang tak pernah rasa! jangan nak tipu la..
Try p kt cinema cakap nk tiket cerita 29 Februari 3 ea kak,,,lepas tu akak kaunter tu cakap..
kita tak bukak la cerita tu sebab kalau ada pon awak ber3 ni je yang nk tengok!!

DANGGGGG! FRUST TAK??
FRUST KAN!!...
 a bit kecewa dengan semangat nak tengok tetibe,,,aiseyman! xpela..anggap je cinema tu kuno!

Frust tu perasaan kecewa,,selalu di kaitkan dengan frust tertongeng,,KENAPA tak ada FRUST MENIARAP EK....?? kalau meniarap ni rasanya sopan lagi la dari tertongeng tu.. =,='

Frust tu juga dah macam sinonim dengan percintaan...KENAPA?
Time aku frust dulu tak ada la pulak sampai tertongeng terkentut ni...
cumanya......

Aku nak kena langgar dengan trailer sebab budget bawa kereta laju-laju..semua kereta pakat hon aku dah...
dan lagi satu,sebulan diganggu makhluk-makhluk halusssss~NAMPAK TAK BILA ROHANI KITA LONGGAR,TAK TERISI DENGAN APA-APA,,TAMBAH KEIMANAN YANG KURANG  MANTAP...macam-macam boleh terjadi..Jahilnya aku~ itu kisah sedih episod hitam dalam diri aku.Rasanya tak perlu cerita,ke nak tahu?? ahahha...

DI SINI INGIN KU JELASKAN KEPADA CIK-CIK ADIK SEKALIAN YANG KONONYA FRUST TAHAP DEWA!!...

tak payah sampai nak bawa diri sendiri pon tak larat...(ok,aku la tu)
tak payah sampai nak makan pon tak lalu...................(ok,aku lagi)
tak payah berendam air mata sampai 3 purnama.........( aku lagi)

JANGAN JADI MACAM TU SEKALI!!..DIA TAK SAYANG KITA,DIA RUGI,TAPI KITA KENA INGAT,masih ramai di sekeliling kita yang sayangkan kita..IBU BAPA,BFF dan yang penting ALLAH..dia tak pernah hilang walau sesaat dengan kita.(bukan nak budget baik tapi aku dah alami)...

YANG BERLALU TAK KAN MUNGKIN BERULANG TAPI BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN DAN TELADAN...WAKE UP!! korang boleh buat apa yang selama ini korang nak buat tapi tak tercapai,semuanya untuk melupakan kesedihan dan sambil-sambil tu banyak-banyak kanlah membaca tak kisah apa bahan bacaan pun,baik agama,kesihatan dan banyak lagi dan kepada yang gatal sangat konon tak boleh hidup sorang-sorang SILA AMALKAN BACA DOA NI yee murid-murid sekalian :

                                                                     
                                                                          dan ini juga


kalau boleh print out tampal kat dinding,jadikan wallpaper desktop pon boleh...ahahaha,sebab aku pon buat macam tu jugak(tu pon tak hafal-hafal lagi)!!...terlalu kecewa sehingga aku nak sangat tengok berkesan ke doa ni..NAH!! SEKARANG ALLAH DAH BAGI LEBIH DARI APA YANG AKU NAK..Allah bagi cash wei la ni..nak tak nak je..so yang tak ada bf kononya sedih jugak tu,,boleh amalkan.Jangan cakap tak ada sapa nak kat aku ni..(cakaplah ulang-ulang,,doa doe tu!!..tak da sungguh kang)


ingat hidup ni bukan cerita kita dan dia je,,,tapi kita masih ada DIA yang sentiasa dengan kita.. ;)


TAK KENAL!!

Dalam bulan Februari,tak silap18 Februari cam tu la..ada la sorang mamat ni add kt FB.............
Dah la dgn tak kenal kita,men redah je post kt FB,,,JOM DATING!


Aku bab-bab orang tak kenal tetiba post mcm tu,,memang hangin la!
JATUH SAHAM OK!
dah la hatiku baru je di robek-robek di siat-siat..
Aku pon ape lagi...terus je la PM dia...
awak ni tinggal kat mane nk ajak2 dating pulakkksss!
Saya tinggal di Batu Pahat,Rasanya kita sedaerah~
Haiyakkkk...org kampung seyh ( dlm hati ni nk tgk sgt muka org x malu ttbe post mcm tu kt wall aku )


Layan punya layan..lorh mamat ni cikgu jgk~
( aku tak pernah nak layan dgn begitu cepat pd org yg aku tak kenal tapi tak tau kenapa dia!! ...)
ok2...dipendekkan jela cerita ek...


D : Saya tak suka kalo setakat nak kenal-kenal kat fb ni sampai serius di bawa keluar..
A : Tapi saya serius je nak kenal dengan awk,sbb sy sdg mencari...
D : Kalau serius pergilah jumpa mak bapak saya...
A : Ok nanti saya jumpa..tp bagi la dulu gambar awak,,saya nak tunjuk pada mak bapak saya
D : ARE U SURE OR NOT..! kite kenal pon baru je 2,3 minggu je..DENGAN XPERNAH FACE 
      TO FACE!


(at the same time,,kiteorg dh exchange number fon pon..sbb dia xde internet kt rumah sewa)


A week after,,dpt msg..awak,mak bapak saya suka la tengok awak..mcm CT NURHALIZA katanye...
heh...rasa nak tergolek-golek kot dpt msg mcm tu!!.. start dr situ benda kecik ni dh mcm serius...
tak semena-mena aku pulak msg ayah aku...Ayah kalau ada orang ajak akak kawen macam mana???



Ayah   : Sapa ajak akak kawen?? Bukan akak baru clash ke?
Aku    : heeee...memang la..Sakit tu masih terasa pon..entah la..ade sorang cikgu ni ajak kawen la
Ayah   : cikgu mana?? cikgu sekolah akak praktikum tu ke?
Aku    : Bukan la....cikgu dalam FB ni...
Ayah   : siapa dia?? Bak meh gambar nak tengok


sesi menghantar gambar lalu fb adek aku bermula....jeng3...
ayah cakap..JANGAN NAK MAIN-MAIN LA PASAL KAHWIN NI!
BERAPA LAMA DAH AKAK KENAL DIA NI?

tipu sunat sikit,,,dalam 3 bulan cm tu..(pd hal 3 minggu!)
SIAPA NAMA DIA?? TINGGAL KAT MANA ? KERJA KAT MANA? DH BERAPA LAMA KERJA? (soalan-soalan berjaya dijawab dgn jaya tanpa tersasul pon)


                                  ......................................bersambung.........................................

kadang-kadang hidup macam orang main judi,,kalah tak dapat,,menang! NAH! hooray-hooray la kau!

Friday 7 September 2012

say HeY Yoo

~hello~

saya pengguna baru dalam dunia blog


tak pon!
sebenarnye...
dulu pernah ade blog,
tp di sebabkan seseorang....
DELETE terus blog tu.
sampaikan nama blog sendiri yang dulu pon lupe
nampak tak?? nampak tak....
 betapa sakitnya hati!!